reNUNgan BerSAma..~

hidup ini umpama roda..kdg2 dbwh kdg2 diatas..adakala kte sedih adakala kte gmbira..sgala prjalann khdupn ini brlaku atas kehndak dariNYA..mmg kte inginkan sgalanya indah dn bahagia dlm mengecapi hidup ini..ttp apa yg trjadi adlh sbaliknya yg sterusnya mmbw kte kpd putus asa..ingatlh kte hnya mampu mrancang tapi Allah lah yg mnentukan sgalanya..sesgguhnya Allah Maha Mengetahui sgalanya...

Monday, October 11, 2010

ape tu ZaUk???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ....sambungan Ilmu Rohani Adalah Ilmu Rasa (Zauk) - (Bahagian 3) Ilmu rohani atau ilmu rasa (zauk) ini bukan senang hendak disuburkan ke dalam hati, sekalipun asasnya sudah ada. Selama mana hati tidak dapat dibersihkan daripada mencintai dunia serta sifat-sifat mazmumah yang lainnya, maka selama itulah cinta kepada Allah tidak akan bertapak di hati. Rasa hamba tidak akan terasa. Rasa hebat kepada Allah tidak akan tersemat. Rasa kasih sayang tidak akan berbunga. Rasa rindu jauh sekali. Rasa timbang rasa tidak akan wujud. Rasa pemurah tidak akan ada. Rasa diawasi oleh Allah tidak akan timbul. Rasa sensitif dengan dosa tidak akan bertapak di dalam hati. Rasa senang menunggu janji dari Allah tidak akan ada dan begitulah seterusnya. Kalau rasa-rasa yang disebut di atas tadi belum bertunjang di hati atau tidak subur di dalam hati (zauk), dengan apa lagiyang akan mendorong manusia untuk membuat kebaikan? Apakah lagi perkara lain yang akan menjadi enjin atau motor yang mampu menolak kejahatan atau mendorong mencetuskan kebaikan? Kalaupun kelihatan ada kebaikan-kebaikan lahir yang dibuatnya, itu bukanlah didorong oleh hati (iman). Tetapi atas dorongan kepentingan peribadi (huzuzunnafsi ). Contoh-contohnya: Seorang yang menolong orang atas dasar inginkan undinya. Memberi fatwa untuk hiburkan hati tuan, bukan Tuhan. Berkhidmat kepada masyarakat kerana inginkan kemasyhuran. Bersedekah kerana nama. Membantu kerana hendak mengelak daripada kejahatan manusia. Hormatkan orang kerana takutkan kuasanya. Beri kasih sayang kerana inginkan bantuan dan pemberiannya. Bekerja kerana gaji atau elaun. Membanteras kemungkaran kerana diarahkan oleh tuan,bukan kerana itu perintah Tuhan. Berseminar atau membentangkan kertas kerja kerana ada peluang-peluang untuk dapat duit yang dicurahkan dalam seminar-seminar itu dan bukan tujuan perlaksanaan. Memperkatakan Islam supaya jangan rasa ketinggalan di zaman kebangkitan Islam ini. Atau jangan sampai dituduh orang tidak mengikuti perkembangan semasa dan macam-macam desakan kepentingan peribadi (huzuzunnafsi). Semua itu bukan merupakan kebaikan yang hakiki, tetapi cuma untuk sementara waktu. Ia hanya dorongan luaran, bukan dorongan dalaman. Di sisi Allah, mereka termasuk ke dalam golongan orang yang berpura-pura baik atau bersifat nifak. Di waktu-waktu kepentingan tidak ada, kebaikan itu tidak dibuat lagi. Orang begini biasanya kebaikan yang dibuat itu tidak tahandiuji. Yakni kalau ada ujian dia tidak akan dapat meneruskan kebaikan itu. Untuk golongan ini Allah SWT ada mengingatkan di dalam firman-Nya: Maksudnya: "Barangsiapa yang mengkehendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), kerana di sisi Allah ada pahala dunia dan Akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (An Nisaa': 134) 

No comments:

Post a Comment