reNUNgan BerSAma..~

hidup ini umpama roda..kdg2 dbwh kdg2 diatas..adakala kte sedih adakala kte gmbira..sgala prjalann khdupn ini brlaku atas kehndak dariNYA..mmg kte inginkan sgalanya indah dn bahagia dlm mengecapi hidup ini..ttp apa yg trjadi adlh sbaliknya yg sterusnya mmbw kte kpd putus asa..ingatlh kte hnya mampu mrancang tapi Allah lah yg mnentukan sgalanya..sesgguhnya Allah Maha Mengetahui sgalanya...

Sunday, May 13, 2012

              ~~~~~~~Kenangan Kelmarin~~~~~~

Nun jauh di luar jendela kanak-kanak sedang asyik berkejar-kejaran riang bersama kawan-kawan mereka. Nureina Batrisyah tersenyum melihat gelagat anaknya yang agak cegas bermain di halaman. Perasaannya sering terusik sejak akhir-akhir ini, lantas dia sematkan pujukan kecil di hati agar menerima qadar illahi dengan penuh zuhud dan rasa kesyukuran.
”Alhamdulillah..”
Saat hati terguris, kalam kecil yang mengandungi tafsiran bait-bait  ayat-ayat cinta dari Illahi sentiasa menjadi peneman rajuknya. Dunia terasa begitu jauh meninggalkan kekerdilan diri yang kini ibarat kupu-kupu yang hilang sebelah sayap. Redha dengan ketentuan Illahi merupakan solusi terbaik bagi insan yang bergelar hambaNya.
 “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku  yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang disayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan balasan pahala daripadaKu (dengan sabar).”
                                                                                                  (hadis riwayat Imam Bukhari).
Amirul Hassan merupakan permata hatinya yang amat dikasihi dengan seluruh jiwa raga, anak kecil itu yang baru beberapa hari lepas mencapai umur sembilan tahun. Hassan memiliki semangat yang kuat dalam dirinya persis arwah ayahnya. Sejak mencecah umur dua tahun, Hassan tidak pernah mengalami atau menghadapi sebarang penyakit dan Nureina Batrisyah amat senang hati dengan tahap kesihatan putera kecilnya. Permata hatinya itu selalu menyenangkan hati dengan sikap ringan tulang menolong umminya di rumah. Minda si celik yang pintar juga amat disenangi oleh guru-guru di sekolah. Menurut gurunya, Hassan merupakan murid yang sangat bijak dan disayangi oleh semua guru-gurunya kerana itu dia telah dijadikan anak emas di sekolah. Setiap kali selesai solat, Nureina tidak pernah lepas memanjatkan rasa syukur terhadap illahi dengan nikmat yang terus-menerus dirasai sejak kehilangan suami tercinta. Pelbagai nikmat dirasai sejak peristiwa kelam yang berlaku dalam hidupnya empat bulan yang lepas. Doa dipanjatkan kehadrat Illahi agar dipermudahkan segala urusan seharian.
Lamunannya terhenti seketika,
Ummi!”
 “Terperanjat ummi...Hassan, ada apa?”
“Maafkan Hassan ummi...Hassan..Hassan dahaga, nak air boleh?” Hassan tertunduk dengan rasa bersalah.
“owh..anak ummi nak air ya...”
Nureina lantas bangun menghala ke dapur, dia menuangkan segelas air putih dan menghulurkan gelas tersebut kepada anaknya. Hassan tersenyum lantas mencapai air dan terus meneguk hingga habis. Dia tidak lupa membaca bismillah sebelum meneguk tanpa dipesan oleh Ummi. Subhanallah..benarlah kata pepatah sejuk perut ibu yang mengandung takala melihat anak dari rahim andai akhlak mulia yang dizahirkan persisi mahmudahnya akhlak nabi.

**        **        **        **        **        **        **        **        **        **

“Maafkan Nena abang...”
Ungkapan itu selalu sahaja menerjah dibenak Nuriena Batrisyah. Saat dirinya kuat menepuh badai lirikan dunia, jasad pula diuji.
“maafkan saya hasil medical cheak up ini jelas menunjukkan puan telah menghadapi ketumbuhan pangkal rahim  tahap ke dua”
Nureina Batrisyah menekup wajah dengan kedua-dua belah tangan serapat-rapatnya, titisan jernih yang hangat mengalir membasahi pipi mulus yang gebu itu.
“Ya Allah, ujianMu agarku terus kuat”
~~Walau sepahit mana ujian mu,Ikhlaskan hati..pasti dirimu terasa ringannya ujian itu~~ kata-kata suaminya menyapa telus ke dalam jiwa.
Alhamdulillah...
Tombol pintu dikuak, kelihatan permata hatinya sedang asyik membelek-belek buku yang dihadiahkan ketika sambutan ulang tahun kelahiran. Lagak si celik itu seperti seorang ilmuan. Begitulah watak Amirul Hassan Bin Ahmad Syauqi permata hati buat pasangan bahagia Ahmad Syauqi dan Nuriena Batrisyah suatu ketika dahulu.
Ummi ok?”
 Pantas saja bibirnya menutur kata sambil menyelit segulung senyuman manis buat ibunda yang kelihatan menghampirinya. Tanpa membalas persoalan puteranya, Nureina memaut erat Amirul Hassan lalu mengajaknya pulang ke rumah. Namun dipertengahan jalan lancar saja stereng kereta dipusing ke persimpangan jalan menuju ke sebuah taman persinggahan.

Angin menyapu lembut kulit ke dua-dua pasangan itu. Segala keindahan alam diamati dengan keasyikan. Bangau serta burung-burung kecil berterbangan bebas ke udara, lantas kembali ke tasik untuk menyambar rezekinya pada pagi itu. Basah embun masih lagi mampu menitis ke bumi yang menghijau dengan luas.
“Nena sayang..abang ada sesuatu nak bagi tahu ni..”
Sambil memegang erat tangan suami, Nureina lantas menyambut bicara suami dengan senyum yang paling indah untuk dihadiahkan buat jejaka tampan dihadapannya itu yang suatu ketika dahulu menjadi impian jauh di sudut hati. Ahmad Syauqi, pemuda harapan agama yang giat menabur bakti dalam perjuangan islam sering bersemangat dalam setiap tutur bicaranya, istiqomah dalam perlaksanaannya.
“Dua minggu lagi abang nak ke Indonesia, tempat belajar abang yang dulu..Ustaz Azam mahu berjumpa abang untuk menyampaikan amanat beliau buat bekas anak-anak muridnya..”
“ermmm..nampaknya Nena terpaksa duk kat rumah je la ye, abang?”
“agaknya lah..” tutur Ahmad Syauqi sambil ketawa kecil.
“atau..Nena nak ikot abang?”
“hati rasa berat nak biarkan abang pergi sorang, tapi tak ape la abang. Lagipun anak kite tu kena pergi sekolah, cuti lambat lagi..tak kan nak tinggal kat mak. Tak mau la saya susahkan mak”



Ummi...?”
Nureina Batrisyah terlerai daripada terjahan memori silam yang sebak membuku di hati. Kenangan itu bertubi-tubi mengetuk dan membasahi jiwa halusnya.
“Astghfirullah..maafkan Ummi, Amirul..Ummi teringatkan sesuatu”
Kehairanan jelas pada wajah Amirul Hassan. Namun terkadang dia seakan-akan memahami Ummi lalu dialah yang selalu berada di sisi untuk mendinginkan suasana yang menyinggah seperti ais kutub itu. Amirul mengusap tangan Ummi lalu merapatkan pipinya ke tangan yang sedikit berurat itu. Pada ibunda tercinta Amirul Hassan mencurahkan segala isi hati disamping berterusan menyokong segala kudrat Nureina Batrisyah.
“Taman ini mengukir banyak kenangan Ummi bersama Abi kamu..”
 “Abi sangat suka menyedut udara segar di sini, banyak manfaat pohon-pohon hijau di sini buatnya. Kata Abi, alam ciptaan tuhan ini banyak mengajar manusia sebenarnya, ini dipanggil sebagai tarbiyyah alam”
Nureina tersenyum kelat. Persoalan demi persoalan menjengah di minda Amirul Hassan, tetapi sedikit pun tidak dizahirkan bagi menjaga hati Ummi. Begitulah prihal si celik yang berjiwa matang itu, saat Ummi berduka dialah penawarnya, saat Ummi gembira dialah penambah rasa.
Jiwa kembali tenang, bait-bait indah dari permata hati  kini menemani rajuknya, menjadi pengganti setia suaminya di suatu ketika. Walau di luar, Nureina Batrisyah kelihatan lemah, namun tahajjud dengan Yang Maha Agung menjadi penguat dalaman untuk dia terus berdiri seteguh karang di muka bumi Allah yang amat indah ini. Khabar dari doktor pakar sebentar tadi mengoles luka dihati. Bekas kemalangan bersama suami kini berbaki pada dirinya sendiri. Kesyukuran atau kepasrahan merajai fikiran, namun kepada Allah jua lah Nureina kembalikan segala urusan.

**        **        **        **        **        **        **        **        **        **        **        **

Mehnah yang menyelubungi hidup Nureina kini betul-betul menguji keimanan sebagai seorang insan yang yang bergelar ibu. Penyakit yang ditanggungnya itu hampir menemui titik noktahnya apabila Nureina terjatuh  dalam di dalam bilik air dua minggu selepas dia kembali daripada pemeriksaan doktor di hospital. Hentakan jatuhnya itu menyebabkan kondisi dalaman Nureina semakin parah.
“ Astghfirullahalazimmmmmm…sakitnya ya Allah…”
“Amirul..tolong ummi nak!”
Raungan kesakitan yang menerjah keheningan malam hari itu menyebabkan tumpuan Amirul untuk menyiapkan  kerja sekolahnya  terganggu. Dengan sepantas kilat Amirul bergegas keluar dari bilik lalu terus meluru ke arah bunyi jeritan Ummi. Amirul terkejut melihat kelibat Ummi terbaring kesakitan di atas lantai bilik air. Dengan berbekalkan kudrat yang ada, Amirul memapah Ummi ke bilik. Tanpa berlengah lagi Amirul menekan nombor talian kecemasan sebagai ikhtiar untuk membawa Ummi ke hospital. Seringkali muncul dibenak fikirannya bahawa semua yang berlaku pada Ummi hari ni disebabkan kecuaian dirinya yang tidak peka terhadap pergerakan Ummi yang sedang menanggung derita penyakit dalaman itu. Sepatutnya dia merasakan tanggungjawab untuk mengawasi gerak geri Ummi tadi. Namun, perkara sudah berlaku, tiada guna disesali kembali. Berbisik dalam hati kecilnya dengan kalam doa supaya Ummi tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Melihat kelibat doktor yang sering keluar masuk dari bilik Ummi membuatkan hati Amirul tidak senang segala macam andaian negatif berbisik di hatinya. Kelihatan susuk tubun Tokwan dari celah-celah  lautan manusia dari jauh menuju ke arahnya, Amirul bertambah sebak dengan kehadiran saudara mara yang sanggup datang dari jauh. Dia bersalaman lantas memeluk erat Tokwan kesayanganya.
“maafkan saya, siapa keluarga terdekat Puan Nureina Batrisyah?”
Ummi saya!, ummi saya tidak apa-apa kan doktor?”
Amirul tidak tertahan dengan ujian menunggu yang hampir satu jam itu. Kekerutan air muka doktor yang berhadapan dengannya menggambarkan suatu berita yang tidak enak akan diterima oleh Amirul. Mereka dijemput dengan sopan untuk melihat Nureina yang terbaring lesu di atas katil. Hati Amirul bertambah pilu dan sebak melihat situasi Ummi sekarang, hanya  Allah SWT saja yang tahu, kelihatan  wayar serta pelbagai alat sokongan digunakan dan dicucuk pada badan ummi. Jururawat dan doktor yang setia menemani Ummi dari awal Ummi menerima rawatan tunduk tanpa berbicara sepatah kata. Amirul semakin gelisah, hanya kesabaran yang menghilangkan kerunsingan itu dizahirkan dari mimik wajah nya.
“Amirul…”
“Amirul anak ummi…”
Terdengar suara kecil yang memanggil nama Amirul, ternyata suara kecil itu datang dari Ummi. Topeng oksigen yang dipakai menyukarkan Nureina untuk bertutur, Nureina berbisik sesuatu pada telinga Amirul.
“teet..teet....teeet…...teeet…..…teeeeeeettt………………”
Tiba-tiba mesin degupan jantung menunjukkan tiada lagi degupan jantung  yang biasa didengari ketika di dalam rahim Ummi selama 9 bulan, Masyaallah..Allah SWT lebih  menyayangi Ummi. Kali ini Amirul tidak boleh terus hipokrit menahan kesedihannya, air matanya mengalir bagai tiada penghujung. Dia meratapi wajah Ummi yang menggambarkan keperitan yang terpaksa ditanggung ketika hayatnya. Raut wajah yang menjadi pemangkin semangat kepada Amirul untuk belajar akan hilang buat selamanya.
Inalillahi wainna ilaihirajiuun…”
Suasana di dalam bilik menjadi suram, Amirul terpaksa meredhakan pemergian umminya.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-Imran 185)
Sudah menjadi lumrah alam, setiap yang hidup akan mati pada akhirnya, hanya masa yang menentukan cepat atau lambat.

**        **        **        **        **        **        **        **        **        **        **

Tiada lagi bait bicara yang biasa ku dengar dari Ummi..
teguran..
nasihat..
akan kurindui tutur kata mutiara Ummi. Masih terngiang-ngiang wasiat terakhir arwah pada telingaku:
Amirul Hassan anak ummi..permata hati ku buat selamanya..andai Allah SWT memanggil ummi untuk bersama Abi di syurga sana, ummi mahu kamu jadi insan yang soleh, insan yang patuh kepada agama, insan yang baik, ingat pesanan ummi dan Abi kalau ummi tiada kamu tolong sedekahkan kalam suci al quran pada kami di sana supaya kami tenang. Kami akan bangga punya anak seperti kamu..”
Kini Amirul Hassan bukan lagi si celik yang kecil, Amirul Hassan telah dewasa. Dua puluh tahun berlalu, Amirul  sering mengimbal kembali wasiat terakhir arwah Ummi, pergimu tiada pengganti, anakmu menanti di syurga kelak…
….al-fatihah~~~




Sunday, May 6, 2012

Analogi Alam dengan Pemimpin

Telah berabad kita dengar bicara tentang pemimpin,
Namun..apakah kita benar-benar memahami apa itu pemimpin, kepimpinan atau kepemimpinan??
sama-samalah kita mencari makna "sebenar" dari ungkapan-ungkapan ini, insyaallah...
Semua makhluk yang bergelar manusia ini sebenarnya adalah pemimpin..
sama ada dia memimpin orang lain, atau yang paling asas..dia memimpin diri sendiri..
Firman Allah:
"Telah aku utuskan kamu diatas bumi ini untuk menjadi khalifah di muka bumi.."
Ya semua manusia adalah pemimpin..
Mengakunya kamu sebagai ISLAM..terungkapnya SYAHADAH dibibirmu wahai teman..maka,
wajiblah kamu melaksanakan amanah kepimpinan sebaik-baiknya..
kerana kamu bakal ditanya oleh Yang Maha Berkuasa diakhirat kelak..

"Pemimpin itu ibarat Pepohon yang gah Berdiri di atas Bukit yang Menggunung Tingginya"

Ya, mahu ana analogikan pokok dengan pemimpin yang Hebat!
Teguh berdirinya seorang pemimpin dengan gaya kepemimpinan yang hebat menunjukan bahawa manusia itu mampu memimpin dan tidak dapat dinafikan bahawa Manusia itu HEBAT

Tapi, harus ingat sahabat2..hebatnya kamu, bukan kerana hebatnya kamu sendiri..
hebatnya kamu kerana dengan pertolongan Allah Yang Maha Hebat! ya..
kamu jangan takabbur..Allah lah tempat kembalinya semua perkara..

Pokok yang subur dan teguh berdiri di atas bukit yang tinggi mempunyai akar yang mencengkam kuat ke dalam bumi..
Akar banirnya ibarat tangan gergasi yang terus menyokong agar dirinya tidak patah serta tersunggur kala ribut taufan datang menerpa..
itu lah fungsi sahabat serta keluarga yang berada di sekeliling pemimpin itu, akan saling memberi sokongan kepadanya..
dan pemimpin harus ingat, berdirinya dia juga dengan bantuan yang lain, agar diri tidak TAKABBUR..

Tapi, harus kita ingat..akan datang suatu ketika..angin serta ribut yang amat dahsyat yang mampu menggongcangkan bumi, menerbangkan gunung-ganang serta kayu kayan..pohon-pohon serta segala isi perut bumi...
ya, saat itu segala yang kuat akan jadi lemah dan hanya mampu merebahkan diri mengikut arus keesaan ilahi..

Begitu juga pemimpin, tidak selamanya kita ini akan bertahan dikedudukan kita itu..
sampai suatu saat kita akan jatuh, kita akan berada di bawah..kita akan digantikan dengan yang lebih layak..
harus lah kita bersedia dengan segala sunatullah ini wahai sahabat..

~credit to all My Friend..
"Kepimpian itu soal AQIDAH"

Saturday, April 14, 2012

Langkah seorang Wanita..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Beduk Berbunyi..langkah mElengKapi..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillah wal hamdulillah..
Penat badan mengatur kudrat hidup yang perlu kita naungi, membawa selonggak amanah di bahu...
Subhanallah...

"setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipertangungjawabkan ke atas setiap apa yang kamu pimpin itu"

mengenang bait-bait tersebut..roda fikiran ku terhenti seketika..
Ya Allah, syahadah atau "kata keramat" itu rupanya amat BESAR maknanya..
wahai muslimin dan muslimat sekalian..
sedarkah kalian, atau sedarkah diri ku???
sedarkah kita semua..kehidupan ini bukan tempat untuk kita saling menabur kata..
salain bertuai sana sini..
sebalik nya dunia ini sebenarnya tempat kita menanam sampai ke umbi agar dapat kita tuai suatu hari nanti...

Alhamdulillah setelah sekian lama BidadariAinulmardhiah tidak mengeluarkan bait Pena nya..
Kini Mujahidah Nafsi seiring dengannya mahu merebut takhta Bidadari Syurga itu..
Namun Takhta itu merupakan singgahsana paling ulung buat si gadis dunia yang perlahan mahu bertatih..insyaallah moga matlamat serta halatujunya itu sampai hingga tahap yang mana 
allah, Sang Pencipta itu Redha..
Ya, Mardhotillah...
Tahap itu lah tahap paling Manis buat si gadis Mujahidah Nafsi untuk menawan singgahsana ""Bidadari Dunia...