reNUNgan BerSAma..~

hidup ini umpama roda..kdg2 dbwh kdg2 diatas..adakala kte sedih adakala kte gmbira..sgala prjalann khdupn ini brlaku atas kehndak dariNYA..mmg kte inginkan sgalanya indah dn bahagia dlm mengecapi hidup ini..ttp apa yg trjadi adlh sbaliknya yg sterusnya mmbw kte kpd putus asa..ingatlh kte hnya mampu mrancang tapi Allah lah yg mnentukan sgalanya..sesgguhnya Allah Maha Mengetahui sgalanya...

Wednesday, October 20, 2010

tika I2...

saat hati terusik...
hati ana selalu berusaha memujuk diri...
ya allah...lemahnya hamba ni...

dalam dilemma,
ana layak ke??
urm,,,antara BAKSIS di penang dan pejuangan ku untk menjadi seorang dae..
entah,
bila di pilih allah,syaitan cuba mencari jalan me was2 kan hati ku...
masyaallah...
terdetik di sudut hati...
diri ana serba kekurangan dan kadang rase diri ni xlayak langsung,
tapi...
"sampaikan olehmu walau satu ayat..."
mungkin,belum cuba belum tau...
eerrmmmm...insyaALLAH...

ya,,baru ana igt,nati majlis konvo abg ana bakal berlangsung..
agak sedih,bila ana tanya,kata nya dia datang sorang diri ya...ermm...
ni la cabaran blaja jauh...
terpaksa dtng sorg...agak terkilan la agaknya lau xbersama keluarga n bersendiri..ana harap ana dapat bersamanya dan mengukir secangkir kesyukuran di hyati abg kerana dia xkeseorangan..
adik kandungnya di sini...Insyaallah...^_^
erm...stkat ini dulu..
wassalam....

seterusnya...

assalamualaikum...

semalam..ana tersedar lagi dari lamunan..
hidup ini masih lagi perlu diteruskan..
bukan sendiri,tetapi bersama illahi di sisi..
fizikal nya memang ana seolah2 sendiri di atas muka bumi ini,
tapi barangkali allah masih nak ana terus jaga dari lena,
bahawa hidup ini akan terus di duga dengan
pelbagai ujian dan cabaran..
allahamdulillah walau begitu..ana tahu...
allah pasti bersama...
ermmm...
hidup di alam u di teruskan lagi...
semalam kaki ana laju melangkah untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba allah...
ana telah di pilih oleh allah untuk ke interview PERKIM>..insyaallah jika ada rezeki dan di beri amanah,ana akan teruskan perjuangan dalam mengimarahkan
agama allah..insyaallah...
"barangsiapa yang menolong agama ALLAH,ALLAH akan menolongnya..."
insyaALLAH......^_^
alhamdulillah...
allah masih menemani diriku..
wahai sang putera yg di tunggu,,,
ana masih menyiapkan diri..
hanya untuk mu..
satu hasrat ana...
akan ana teruskan usaha untuk mempersiapkan diri dalam
perjuangan ini...
untuk bertemu yang Maha Esa..
dan harapan ana lagi..
ana akan dikurniakan ILLAHI dengan sang putera yang berjuang di jalan allah..
ingin sekali ana menjadi pejuang sayap kiri mu,..
ya ALLAH.perkenankan hasratku..
insyaALLAH....

Friday, October 15, 2010

16/10/2010

assalamualaikum...
hari ni..16hb...hari lahir sahabat baik ana...huhu
moga dirinya di rahmati allah selalu...^_~

semalam hari yang amat seronok bagi ana...dpt capai hajat yang telah lama ana tnggu2...
huhu...walaupun pngalaman tu,
ana xdpt lam PALAPES...
alhamdulillah,allah masih lagi memakbulkan impian saye...
huhu...sehari di kem Paya Pahlawan ,sangat2 penat,,,tapi kami enjoy...^_^

hari sebelumnya lagi,
ana pi program anjuran PERKIM...
"Bicara Hati"bersama prof.dr.hj muhd Kamil...
penulis bk Travelog Haji...wah3....
subhanallah!!
kisah hidup beliau sangat2 menarik dah fantastik...
yang mana allah selalu melimpahkan rahmat ke atasnya..
beliau jahil agama,tapi seorg cendikiawan n hartawan...tp,beliau xriak...
doanya amat mudah di kabulkan allah!
hanya satu kunci nya...dan nikmat itu telah dikurniakan allah kepadanya,
bangun di sepertiga malam!!ya allah...
sangat2 menakjubkan..
erm...ok la stkt ini dahulu...
DONT 4GET
stdy 4 final!

Wednesday, October 13, 2010

14/10/2010

hari ni...
bermula lah perjuangan sebenar ana tuk final...
jadual dah ana susun,sama ada ana taat atau x???wallahuallam...
mak...buat mak yang ana sangat syg...rindu...dah 2bln kte xjumpe kan??

ingat lagi time ana kat matrik dulu...
stlh 2bln la lebih kurang ana stay kat matrik n xbalik rumah...
fight 4 final...
tapi,ujian dari allah menyapa...
hari kedua exam...allah telah ambil nyawa ayah...

ayah...
anak mu ini selalu terleka...

mak...akan ana stay fight n stand untuk mak...sgt tgk mak hidup senang...
ana igt lagi...sejak darjah 3 lagi ana tlng mak jual kueh...mcm2 dah berlaku n ana lalui...
alhamdulillah...allah mentarbiah ana dengan cara ini...
mungkin berkat kesabaran ana ,ana dah bleh capai tahap ini...
mungkin x seberjaya org lain...
tapi
ana bangga jadi anak mak n arwah ayah...
ana akan terus berusaha di jalan allah..
insyaallah..lau bahagia dunia ni xla seberape pun...
akhrat d sana ana akan cari mak n ayah...^_~
terima kasih kerana dah buat ana dpt lihat dunia...alhamdulillah...

semalam...
kami pi dgr ceramah ustaz nizho...
nilai mahasiswa..
insyaallah,akan ana cube persiapkan diri..
perbaiki akhlak...
ana redha dgn segalanya ya tuhan...
bimbinglah daku...
agar menjadi pejuang agama mu di atas dunia ini..
ana banyak kelemahannya...
tp insyaallah....
suatu hari 6t....:-)

Tuesday, October 12, 2010

13/10/2010

assalamualaikum...
blog ini d wujudkan pd tanggal...10/10/01
dah lama ana nak wat sbnarnye...tapi...tah...x dbri ksmptn lg kot...
ermm....buat petamekalinye....terfikir jgk...nak wat tema ape ye???hurm...
ssh tul lau xde matlamat...ni la hidup...kdang kite blaja melalui proses "peniruan"...

yup...btul,lama kelamaan ia akan sebati nga diri...
lantas,pade hari ni...ana dah dpt satu ilham...sbnrny,dulu time sklh ana suke tulis diari,
still ade kat umah tu...huhuu....
agak seronok la time bace balik...so,dgn kmudahan yg telah tercipta ni...
tak salah asenye lau ana nnaj coret kan perjalann hidup kat sini...insyaallah moga mndapat keredhaan dr yang Maha Esa....amin....

soo.....
ape ye nak ckp...urm...stkt ni,ana bersyukur...hidup kat alam universiti ni semakin mendapat perhatian dr allah...ye lah..allah xbia ana terus leka...terus hanyut kat dunia ni...setiap hari...
mcm2 berlaku...keperitan tu,mmg xdapat lari dari diri seorg mahasiswa...
insyaallah akan ana terus berusaha tuk jadi seorang yg tabah dan redha dgn aturan illahi...
moga peritnya terbayar dengan senyuman berpanjangan di dunia dan akhirat...

alhamdulillah...
di bumi sintok ni,walau xsampai setengah tahun lagi,ana dah merasa nikmatnya berjuang d jalan allah...walau hanya tempias yg sikit lau nak d d banding dgn perjuangan hamba allah yang lebih besar jasanya...
inssyaallah...ana sgt berharap dpt menuju jalan illahi...^_^
baik lah...di kala ini.ana tangguhkan dulu bibit mukadimah yang x seberapa ni...
moga bertemu lagi...
wassalam....

kisah siti fatimah dan pembantu rumahnya ^_^

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.
Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.
Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.
Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.
Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.
"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya.
Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.
Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.
Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.
Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.
Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.
Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.
Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."
Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya

veno

veno

Monday, October 11, 2010

5 syarat bermaksiat!

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."


Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari  dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

ape tu ZaUk???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ....sambungan Ilmu Rohani Adalah Ilmu Rasa (Zauk) - (Bahagian 3) Ilmu rohani atau ilmu rasa (zauk) ini bukan senang hendak disuburkan ke dalam hati, sekalipun asasnya sudah ada. Selama mana hati tidak dapat dibersihkan daripada mencintai dunia serta sifat-sifat mazmumah yang lainnya, maka selama itulah cinta kepada Allah tidak akan bertapak di hati. Rasa hamba tidak akan terasa. Rasa hebat kepada Allah tidak akan tersemat. Rasa kasih sayang tidak akan berbunga. Rasa rindu jauh sekali. Rasa timbang rasa tidak akan wujud. Rasa pemurah tidak akan ada. Rasa diawasi oleh Allah tidak akan timbul. Rasa sensitif dengan dosa tidak akan bertapak di dalam hati. Rasa senang menunggu janji dari Allah tidak akan ada dan begitulah seterusnya. Kalau rasa-rasa yang disebut di atas tadi belum bertunjang di hati atau tidak subur di dalam hati (zauk), dengan apa lagiyang akan mendorong manusia untuk membuat kebaikan? Apakah lagi perkara lain yang akan menjadi enjin atau motor yang mampu menolak kejahatan atau mendorong mencetuskan kebaikan? Kalaupun kelihatan ada kebaikan-kebaikan lahir yang dibuatnya, itu bukanlah didorong oleh hati (iman). Tetapi atas dorongan kepentingan peribadi (huzuzunnafsi ). Contoh-contohnya: Seorang yang menolong orang atas dasar inginkan undinya. Memberi fatwa untuk hiburkan hati tuan, bukan Tuhan. Berkhidmat kepada masyarakat kerana inginkan kemasyhuran. Bersedekah kerana nama. Membantu kerana hendak mengelak daripada kejahatan manusia. Hormatkan orang kerana takutkan kuasanya. Beri kasih sayang kerana inginkan bantuan dan pemberiannya. Bekerja kerana gaji atau elaun. Membanteras kemungkaran kerana diarahkan oleh tuan,bukan kerana itu perintah Tuhan. Berseminar atau membentangkan kertas kerja kerana ada peluang-peluang untuk dapat duit yang dicurahkan dalam seminar-seminar itu dan bukan tujuan perlaksanaan. Memperkatakan Islam supaya jangan rasa ketinggalan di zaman kebangkitan Islam ini. Atau jangan sampai dituduh orang tidak mengikuti perkembangan semasa dan macam-macam desakan kepentingan peribadi (huzuzunnafsi). Semua itu bukan merupakan kebaikan yang hakiki, tetapi cuma untuk sementara waktu. Ia hanya dorongan luaran, bukan dorongan dalaman. Di sisi Allah, mereka termasuk ke dalam golongan orang yang berpura-pura baik atau bersifat nifak. Di waktu-waktu kepentingan tidak ada, kebaikan itu tidak dibuat lagi. Orang begini biasanya kebaikan yang dibuat itu tidak tahandiuji. Yakni kalau ada ujian dia tidak akan dapat meneruskan kebaikan itu. Untuk golongan ini Allah SWT ada mengingatkan di dalam firman-Nya: Maksudnya: "Barangsiapa yang mengkehendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), kerana di sisi Allah ada pahala dunia dan Akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (An Nisaa': 134)